Thursday, November 5, 2009

PERSATUAN MEMBERI MANFAAT

Sebenarnya, berpersatuan merupakan salah satu cara bagi menjadikan seseorang individu untuk berkongsi kesukaan dan minat terhadap sesuatu bidang.

Saya ingin menjelaskan bahawa menyertai persatuan dapat menyampaikan pendirian, pandangan, masalah dan rungutan melalui saluran rasmi dan sesuai. Ini menjadikan persatuan merupakan salah satu cara menjadikan pemupukan budaya hidup yang sihat.

Oleh itu, berpersatuan menjadi medan latihan kepimpinan dan pendedahan kepada mahasiswa dan sebahagian anggota masyarakat yang lain sebagai pemimpin pewaris. Ini juga bertujuan untuk mahasiswa lebih peka terhadap persekitaran dan isu semasa.

Selain itu, ini juga memberi peluang bagi memperkayakan amalan demokrasi, sesuai dengan matlamat Wawasan 2020 iaitu mewujudkan mayarakat demokratik yang matang. Adakah negara kita sudah matang demokratiknya? Tepuk dada Tanya selera.

Seterusnya, persatuan juga meningkatkan proses pembentukan masyarakat penyayang dan prihatin. Selaras itu,menjadikan golongan mahasiswa menjadi golongan yang mampu memupuk sikap prihatin kepada masyarakat.

Dengan bepersatuan juga, membantu merealisasikan Dasar Pembangunan Belia Negara dan dasar kerajaan yang lain. Ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada mahasiswa agar menjadi belia yang peka dengan setiap dasar negara. Selain itu, merapatkan jurang generasi antara golongan dewasa dan belia, jurang kerajaan dan masyarakat.

Oleh itu, bepersatuan juga mahukan mahasiswa memiliki sikap sukarelawan. Justeru, sifat seorang sukarelawan ialah suka membantu dan bekerja dengan orang lain, berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai, sedia menghadapi kesulitan dan kesukaran, sedia berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman dengan orang lain dan sedia belajar, memberi komitmem masa dan bersemangat tinggi.

Akhir sekali, berpersatuan juga sedikit sebanyak dapat membantu menangani masalah sosial serta menyediakan saluran untuk kerajaan bagi penyebaran dan penerimaan maklumat dan maklum balas yang tepat.

Penulis ialah Nor Hafiz Razali merupakan pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pentadbiran. Lebih berminat dalam bidang yang memperjuangkan hak-hak keadilan sosial dan berminat terhadap politik yang tidak kepartian. Merasa puas apabila bekerja untuk sukarelawaan dan berhasrat menjadi aktivitis sepenuh masa.

No comments:

Post a Comment