Wednesday, November 18, 2009

Sudah Bersedia Mahasiswa UNISEL?

Setiap pelajar memang menunggu-menunggu kehadiran peperiksaan akhir semester yang bakal menjengah tidak lama lagi. Adakah persoalannya anda semua Mahasiswa Unisel telah bersedia? Semestinya pelbagai jawapan yang bakal timbul ada mengata sudah, ada juga belum bersedia malah ada juga semestinya seperti biasa kelakuan serupa sahaja seper hari-hari biasa yang lain.

Menyorot kembali satu semester apakah yang anda semua telah lakukan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang ini. Penulis merasa terpanggil untuk menulis yang mana setiap mahasiswa bermacam-macam pandangan mengenai peperiksaan akhir semester ini.

Anda semua selaku mahasiswa yang berada di alam pengajian tinggi harus ingat bahawa persediaan sepanjang semester ini harus dimaafaatkan kerana ini adalah penentu kepada kalian untuk membuktikan semua perbelanjaan sepanjang semester anda ini adalah berbaloi.

Seterusnya, adakah anda sudah bersedia? Sekiranya anda mengatakan bersedia, anda semestinya sudah masak setiap matapelajaran yang dipelajari dan memahami berbanding menghafal. Formula yang sebenarnya adalah memahami lebih berkesan berbanding menghafal ini kerana mahasiswa kini terlalu banyak menghafal berbanding memahami. Kadang-kala apabila menghafal, anda sebenarnya menjerat anda ini kerana setiap soalan keluar memerlukan kebijaksanaan anda mengaplikasikan formula-formula yang dipelajari.

Sekiranya jawapan berkata sebaliknya, anda tidak terlambat kerana masa seminggu lebih ini anda mampu bersedia walaupun masa sudah semakin menghimpit diri. Oleh itu, kepada mahasiswa yang bersedia di saat-saat akhir untuk lebih menjaga kesihatan dan berehat secukupnya.

Bagaiamanakah untuk menghadapi peperiksaan ini harus disulam dengan amalan rohani bagi mendapat kerdhaan Pemberi Ilmu iaitu Allah SWT dengan membanyakkan amalan-amalan sunat dan bangun malam. Ini agar kita memdapatkan kebergantungan kita kepadaNya agar beroleh kecemerlangan diri malah juga mendapat pahala hendaknya.

Justeru, penulis mewakili pimpinanan Persatuan Penggerak Mahasiswa (PPM) mendoakan kepada semua mahasiswa Unisel bagi sesi 1/2009/2010 agar beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat.

Penulis ialah Nor Hafiz bin Razali, bakal graduan Diploma Pengurusan Pentadbiran Fakulti Perniagaan. Merupakan seorang aktivitis dan bakal pimpinan masa depan.


No comments:

Post a Comment