Mengikut Dasar Belia Negara, belia adalah mereka yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun. Manakala dari sudut Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, belia berusia antara 15 hingga 25 tahun.
Merungkai persoalan keperluan asas belia ialah belia memerlukan corak hubungan atau interaksi sosial yang positif. Selain itu, belia juga memerlukan panduan, keselamatan dan tunjuk ajar di dalam membezakan perkara baik dan buruk.
Belia juga perlu diberi peluang pembabitan dengan ahli keluarga, sekolah dan masyarakat. Dek lantaran itu juga, belia perlu melahirkan kreativiti dalam pelbagai bidang seperti penulisan, reka cipta, dan lain-lain lagi. Peringkat belia juga merasa untuk dihargai malah mahu di dalam memberi sumbangan.
Seterusnya, mereka memerlukan riadah dan melakukan aktiviti yang lebih aktif yang mencabar. Belia juga tidak terlepas daripada merasa bebas serta mahu autonomi tetapi terkawal kerana ia membantu proses kematangan. Bagi membentuk peribadi belia yang baik, belia memerlukan hubungan dengan rakan sebaya atau golongan dewasa yang boleh menjadi ‘role model’, keperluan bersaing, mencapai kejayaan dan dihargai serta merasa hak dan kebebasan individu itu dan membuat keputusan serta mencari identity diri.
Oleh itu, wujud matlamat penubuhan belia bagi meweujudkan belia yang memiliki peribadi bersepadu dari segi rohaniah, intelek atau jasamani, bertanggungjawab berdikakari, bersemangat sukarela dan patriotic serta penggerak kemajuan atau kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras menuju Wawasan 2020.
Oleh sebab itu, terdapat pihak yang menyatukan belia berumur antara 15 hingga 40 tahun. Ini bagi mencetuskan semangat persahabatan dan persefahaman antara ahli, tanpa perbezaan keturunan agama, kepercayaan dan nilai norma. Selain itu, penubuhan belia juga mendorong belia memiliki sifat bertanggungjawab kepada masyarakat dan mahukan belia membabitkan diri dalam proses perancangan dan pembangunan negara.
Apabila belia ditubuhkan, ini sedikit sebanyak melahirkan semangat perpaduan melalui kegiatan rekreasi, kesukanan, kesenian, usahawan, dan sebagainya. Mengalakkan aktiviti sihat dan dapat menghindarkan belia dari terjebak dengan masalah sosial.
Akhir sekali, ini juga untuk menyediakan belia sebagai pemimpin pelapis bagi generasi masa depan Malaysia.
Penulis ialah Nor Hafiz bin Razali merupakan pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pentadbiran dan sedang berpraktikal di pejabat Mara Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Ingin menjadi salah seorang pemimpin masyarakat yang ingin memperjuangkan hak-hak kemanusiaan serta keadilan demokrasi dan bercita-cita menjadikan minda masyarakat lebih kepada pemupukan budaya ilmu dan tidak suka kepada konsep fanatik kepartian dan individu tertentu.

No comments:
Post a Comment