Wednesday, October 28, 2009

Menabung Amalan Mulia

“Mula-mula seringgit, lama-lama boleh jadi sejuta”. Biarpun bunyinya kelakar, tetapi berkat menabung sejak dari usia muda, bukan mustahil ia menjadi kenyataan.

Malangnya, tabiat menabung di kalangan masyarakat kita masih amat kurang khususnya di kalangan mahasiswa. Kalau ada pun hanyalah ‘hangat-hangat tahi ayam’, atau usaha separuh jalan saja.

Duit biayaan PTPTN mahupun tabungan yang ada sedikit, pelbagai perancangan dibuat untuk menghabiskannya dengan membeli itu dan ini. Semua orang sudah tahu kebaikannya menabung atau menyimpan untuk masa depan.

Menabung ini ada banyak jenis.ada yang menyimpan wang tunai ke dalam tabung khas pendidikan, membuka akaun simpanan peribadi atau bersama, membuat pelaburan dengan saham amanah,atau menabung dengan Tabung Haji.

Apa pun tabiat menabung perlu dipupuk sedari awal dan dilakukan beransur-ansur namun berkala.

Bagaimana kita hendak menanam sikap gemar menabung kepada mahasiswa kita supaya amalan baik ini diterapkan ke dalam jiwanya sehingga ia melangkah masuk ke alam pekerjaan dan mampu berdikari.

Peringkat awal kita mungkin boleh mencuba membeli sebuah tabung dalam usaha untuk menabung bagi merangsang niat tersebut. Lantaran itu, amalan menabung itu akan demi sedikit timbul dan tidak perlu untuk memasukkan duit yang terlalu banyak, cukup sekadar dengan duit-duit syiling dalam usaha menabung peringkat awal dengan berterusan. Setelah usaha itu, menjadi tabiat, kita ubah dengan menabung dengan memasukkan pula wang yang mempunyai kuantiti lebih besar nilainya.

Pakar psikologi berkata, sesuatu perbuatan berubah menjadi tabiat atau dalam kata lain perbuatan menjadi budaya selepas diamalkan secara selama 21 hari. Oleh itu, anda boleh terus mengajar diri sendiri memasukkan duit ke dalam tabung dalam tempoh itu, dan selepas itu cuba lihat sama ada diri kita akan terbiasa atau tidak.

Apabila tabung sudah penuh, raikannya dengan mengira jumlah wang dalam tabung supaya kita dapat menilai dan melihat sendiri hasil usaha yang dilakukan kita selama ini.
Rangsang jiwa kita dengan kita mendepositkan ke dalam akaun persendiriannya supaya ia boleh dikumpulkan untuk kegunaan pengajian kita.

Anda mungkin tidak dapat melihat faedah menyimpan dalam masa yang singkat tetapi apabila anda melihat jumlah simpanan anda beberapa tahun selepas itu, anda akan lebih bersemangat menyimpan untuk kegunaan anda dan keluarga bagi digunakan ketika keadaan memerlukan.

Bagi yang terbiasa menabung seperti ini, sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaaan kepada diri atau semasa belajar anda contohnya biayaan PTPTN diberhentikan secara tiba-tiba (lebih-lebih dalam suasana keputusan peperiksaan ditakdirkan tidak berapa elok) anda boleh menggunakannya menampung kehidupan selama beberapa ketika sebelum berjaya mendapatkan mendapatkan mana-mana bantuan kewangan.

Penulis ialah saudara Nor Hafiz bin Razali aktivitis masyarakat dan pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pentadbiran yang sedang melakukan latihan industri di Pejabat Mara Daerah Jelebu.

No comments:

Post a Comment