Saturday, October 24, 2009

FASILITATOR

Fasilitator mempunyai pelbagai definisi malah ada yang beranggapan dari aspek linguistik, fasilitator ini membawa maksud permudah cara. Namun demikian, fasilitator merangkumi secara ringkas, definisi konsep mengenai fasilitator adalah “Seseorang individu yang berkeupayaan untuk membentuk platform kepada insane lain dalam mencari konklusi terhadap permasalahan yang timbul”. Oleh demikian, jika disingkap dan diungkap, persoalan yang timbul terhadap konsep ini adalah pada frasa ‘keupayaan’. Apakah keupayaan yang perlu ada pada seseorang untuk mencapai sebagai seorang fasilitator?

Keupayaan yang perlu ada pada seseorang untuk mecnapai sebagai seorang fasilitator ialah menjadi satu prioriti untuk mempunyai beberapa keupayaan yang prioriti untuk bergelar seorang pemudah cara ini antaranya ialah
komunikasi. Kenapa penulis mengatakan komunikasi adalah perkara utama ialah komunikasi yang jelas akan membawa ke arah komunikasi yang berkesan. Malah, komunikasi yang jelas adalah menggunakan bahasa yang mudah difahami dan berbentuk diplomasi serta dalam intonasi yan tepat. Pemilihan kata yang tepat pada tempat juga adalah penting.

Selain itu,
keyakinan diri merupakan satu perkara yang wajib ada pada seseorang fasilitator. Ini kerana, ini merupakan asas kepada golongan yang menjadi golongan sasar menjadi yakin dengan seseorang fasilitatot. Oleh itu, penggunaan bahasa badan (body language) adalah amat penting selain lirikan mata yang terkesar di dalam aspek penyampaian sesuatu maklumat.

Seterusnya, fasilitator memerlukan
kecerdikan dalam menjadi fasilitator berjaya. Ini kerana, kecerdikan merupakan kecekapan akal fasilitator tersebut. Ini disebabkan, fasilitator perlu mempunyai idea untuk diasimilasikan dengan komunikasi dan keyakinan. Lantas, kecerdikan tergolong di dalam aspek yang cukup penting dalam mengukur keupayaan seseorang fasiliatator.

Konklusinya ialah fasilitator, gabungan 3K adalah keutamaan untuk bergelar seorang fasilitator. Namun, ini bukannya faktor untuk menempatkan seseorang fasilitator itu di tahap yang cemerlang sebaliknya asas untuk menjadi seorang fasilitator sahaja. Maka, keupayaan untuk menjadi pemudah cara ini, perlu ada elemen komunikasi, keyakinan dan kecerdikan.

No comments:

Post a Comment