Thursday, August 27, 2009

SELANGOR

PROLOG

Kebudayaan sememangnya mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebuudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenali dikalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman deteminisme atau penentuan budaya.

Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material. Bidang kebudayaan itu bolehlah dilihat diantaranya melalui fikiran / idea, Kebendaaan, Kesenian, Nilai dan Norma.

Seperti negeri – negeri lain, selangor juga mempunyai adat resam dan budaya yang tersendiri. Selangor ialah salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Daerahnya dibahagikan kepada daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Kebudayaan dan adat resam diselangor merangkumi aspek yang begitu meluas seperti pakaian, makanan, permainan, adat resam dan sebagainya. Di Selangor, kebanyakkan penduduknya adala suku kaum jawa. Jadi, tidak hairanlah apabila kebanyakkan jenis kebudayaan di Selangor lebih menjurus kearah kebudayaan Jawa.



PAKAIAN

Manusia memerlukan 3 keperluan asas iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Pakaian adalah keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan manusia sejagat. Perhiasan pula adalah pelengkap kepada gaya penampilan dan personaliti seseorang individu. Pakaian juga penting untuk melindungi tubuh badan manusia dari panas dan sejuk. Budaya pemakaian di Selangor kebanyakkannya berlainan mengikut daerah masing – masing.

Di daerah Klang terkenal dengan pakaian tradisi suku Bugis. Pakaian ini diperbuat daripada kain kasa yang nipis bertingkat dan berlapis, disulam dengan renda emas. Untuk hiasan kepala dicipta mahkota kecil. Sembilan kelopak dokoh menghiasi dada. Untuk yang lelaki, berseluar panjang berlapis kain kembang serta baju luar bertatah pita emas. Dipadankan dengan songkok hitam berenda emas.

Di Hulu Selangor pula, daerah ini terkenal dengan pakaian trdisi suku Rawa yang melambangkan kearah permuafakatan kerja. Wanitanya berkain hitam yang tahan lusuh. Berterendak menutup kepala. Begitu juga dengan pakaian tradisi lelaki Rawa, di bahunya ditutup kain tetampan yang dapat menahan panas. Di kepala hiasan tengkolok yang sewarna dengan penutup bahu.

Di daerah Kuala Langat, pakaian mereka adalah hasil gabungan dari hasil tenunan dan alam semula jadi. Kaum asli merupakan penduduk asal daerah ini khususnya tinggal di Pulau Carey. Di petaling pula corak pakaiannya lebih berunsur kemodenan, sesuai dengan taraf daerah kosmopolitan.

Daerah Sabak Bernam pula berbangga dengan pakaian tradisi kaum Banjar. Pakaian tradisi lelaki berwarna kuning sepasang dipadankan dengan tengkolok yang bertekat emas. Pakaian untuk perempuan pula berkain baldu merah bertekat benang emas, baju lengan pendek bertutup dada dan berselendang sama dengan warna kain.

Di Gombak pula, pakaian perempuan suku Mandaling unik dan menarik. Kain daripada songket merah manakala baju adalah kurung baldu biru yang dihias dengan renda emas, dokoh emas, tali pinggang perak dan gelang besar. Kepala dihiasi mahkota tinggi bernama ’bulang’. Bagi lelaki pula,berkain samarenda, berkemeja dalam dilapis kot dan berselempang kain bernama ’U-los’ tenunan Tanapuli Selatan. Kepala dihiasi songkok ’Happu’ dibuat dari kain baldu disalut tembaga nipis.

Bagi kaum cina di Selangor pula, pakaian tradisi mereka adalah seperti kaum cina di negeri-negeri lain iaitu ”chiomsam”. Begitu juga dengan kaum india yang ada di Selangor. Mereka memakai sari bagi perempuan dan baju punjabi bagi lelaki.

Kesimpulannya, terdapat pelabagai jenis budaya pakaian di Selangor dan ia kebanyakannya mengikut kaum di sesuatu daerah itu sendiri. Namun begitu, pada masa ini, pakaian-pakaian ini mungkin hanya dipakai pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti pada majlis perkahwinan, perayaan dan sebagainya.

MAKANAN

Selain pakaian, makanan juga merupakan salah satu daripada keperluan asas manusia. Selain itu, makanan juga merupakan salah satu warisan tradisi kita. Makanan yang mempunyai kaitan dengan warisan sejarah rakyat pelbagai kaum di Selangor, contohnya Bak Kut Teh (makanan masyarakat kaum buruh kasar Tionghua), tempe (makanan masyarakat Jawa yang merupakan kesukaan Yang Berhormat Sungai Panjang) dan sebagainya. Walaupun Bak Kut Teh bukan makanan halal, tetapi kini makanan ini sudah ada versi vegetariannya dan ianya boleh menjadi makanan yang halal.

Antara makanan yang paling terkenal di Selangor ialah lontong dan pecal. Malah terdapat juga makanan tradisi yang sama seperti negeri lain seperti makanan sewaktu hari raya. Anatara makanan yang menjadi sajian utama adalah ketupat, lemang, rendang ayam, kuah kacang, tapai, lontong dan pecal. Masakan berasaskan tempe juga amat masyhur di negeri ini. Ianya merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada kacang soya dan menjadi kegemaran masyarakat jawa. Ia termasuk sayur goreng, kuah lontong, kerepek tempe dan sebagainya.

Penulis buku masakan, Norzailina Nordin, pernah berkata di Selangor, masyarakatnya banyak terpengaruh dengan gaya masakan orang Bugis. Beliau berkata: “Antara kuih tradisi yang semakin hilang dalam masyarakatnya adalah kuih Bugis Mandi. Kuih ini mempunyai rupa dan rasa yang hampir sama dengan kuih Badak Berendam namun bebolanya lebih kecik menyerupai Buah Melaka." Pada dasarnya, kuih tradisional dulu mempunyai ciri yang hampir sama iaitu tepung pulut yang digiling sendiri, dikacau dengan campuran santan. Isinya kebanyakan kelapa parut yang dimasak dengan gula hangus kerana ketika dulu, gula merah sukar diperoleh."Jadi makanan yang sebegini perlu diberi perhatian dan dipastikan resipinya dapat dipelihara untuk diwarisi turun-temurun.

Antara makanan lain yang masyhur di selangor ialah tempe, lontong, mee bandung (terkenal di Klang), sayur kulur (terkenal bagi masyarakat Banjar), sate (terkenal di Kajang), rojoak, rempeyek dan sebagainya.

MUZIK DAN PERMAINAN TRADISIONAL


Selangor menerima pelbagai pengaruh daripada budaya luar kerana negeri ini banyak menerima migrasi penduduk luar seperti orang Bugis, Jawa, dan Banjar selain orang melayu yang ada disitu. Oleh itu, kebudayaan selangor banyak menyerupai budaya yang terdapat di negeri lain. Namun demikian terdapat juga beberapa aktiviti kesenian dan permainan tradisional yang diasakan oleh masyarakat selangor.
MUZIK

Antara muzik yang terkenal di selangor ialah Campuling dan Tarian Kuda Kepang. Campuling adalah sebuah muzik tradisional yang dibawa oleh masyarakat Jawa di Jugra. Ia merupakan sebuah nyanyian yang halus dan bercampur dengan bahasa Arab.

Permainan ini mula diperkenalkan pada awal kedatangan Tanah Melayu. Pada awalnya, agak sukar untuk golongan muda mempelajari Islam. Untuk menarik golongan muda mendalami Islam dan membaca al-Quran dengan memuji-muji kebesaran Allah, muzik tradisional ini dicipta. Selain itu liriknya juga mengandungi perkara-perkara dalam rukun islam. Alat yang digunakan untuk bermain ialah gendang panjang, gendang, kempul, kemperang dan iting-iting.

Selain campuling, tarian kuda kepang juga merupakan muzik tradisi rakyat Selangor. Tarian kuda kepang yang asalnya dari Johor turut dimainkan oleh masyarakat Selangor terutama masyarakat jawa. Tarian ini mempunyai pengaruh islam yang banyak berkisar mengenai peperangan.

Muzik cak lempong juga salah satu daripada budaya tradisi rakyat Selangor. Muzik tradisional Minangkabau mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat. Dimainkan ketika mengutip hasil padi, pesta kahwin, dan majlis-majlis keramaian yang lain. Universiti Pertanian Malaysia antara yang mengekalkan tradisi ini.

Selain itu, Gordang Sembilan juga merupakan budaya muzik tradisi rakyat Selangor. Ianya merupakan kesenian suku Mandailing dan dimainkan sebagai tanda kerja besar atau meraikan ketibaan orang kenamaan. Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia memperkenalkan Gordang sembilan ini.

Muzik Gamelan juga salah satu daripada muzik tradisi rakyat Selangor. Ianya merupakan kesenian orang Jawa. Kebiasaannya, Gamelan mengiringi tarian yang disebut Tarian Gamelan. Institut Teknologi Mara dan Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan Gamelan untuk upacara rasmi hari konvokesyen. Terakhir kini, Yayasan Selangor juga mempunyai kumpulan Gamelan.

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional juga merupakan salah satu budaya atau tradisi rakyat Selangor. Permainan gasing, sepak raga, silat, dan layang-layang merupakan permainan rakyat yang masih menjadi kebanggaan rakyat negeri Selangor hingga ke hari ini. Umpamanya sepak raga cukup terkanal di daerah Hulu Langat.

Main Seremban juga merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di Selangor. Ianya merupakan sejenis permainan yang menggunakan lima biji batu yang dibaling keatas. Biasanya permaianan ini dimainkan oleh kanak-kanak perampuan.

Selain itu, permainan tradisional yang terdapat di Selangor ialah permainan Galah Panjang. Galah panjang merupakan sejenis permainan diatas tanah dengan melukis tanah sebagai gelanggang. Ia biasanya dimainkan selepas menuai padi, berladang atau semasa terang bulan.

Seterusnya gasing juga terkenal di Selangor. Antara permainan gasing yang biasa dimainkan ialah seperti gasing pangkah Selangor, gasing berembang, gasing jantung, gasing labu, dan gasing telur. Ia biasanya dimainkan oleh orang dewasa semasa majlis atau perayaan tertentu.Congkak juga terkenal di negeri ini. Ia merupakan sejenis permainan yang memasukkan buah getah (kini guli) kedalam lubang-lubang congkak. Permainan ini dimain oleh semua peringkat umur.

1 comment:

  1. dimana sya boleh mencari maklumat untuk format pertandingan sepak raga dan cara permarkahan pertandingan sepak raga??

    ReplyDelete