Komunikasi yang berkesan mempunyai lima ciri iaitu kefahaman, keseronokan, pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang bertambah baik, dan adanya tindakan yang menyusuli.
Ciri kefahaman
Cara-cara seseorang itu berkomunikasi dikatakan berkesan apabila orang yang mendengarnya memhami kata-katanya betul-betul seperti apa yang dimaksudkannya. Kalau lain yang dimaksudkan, lain pula yang difahami, maka ertinya komunikasi itu tidak berkesan. Ambil sebagai contoh apabila seseorang berkata “Kita hendaklah menjadi insan yang syumul.” Apakah makna “syumul” ? Kepada Encik A, di mana beliau sebagai seorang yang mengerjakan kelima-lima rukun Islam dia mungkin yakin sudah syumul, tetapi kepada Encik B itu belum syumul. Dalam konteks ini ayat itu tidak mencipta komunikasi yang berkesan disebabbkan ayat tersebut difahami dengan cara-cara yang berlainan oleh pihak-pihak yang mendengarnya.
Ciri Keseronokan
Ada kalanya seseorang individu itu berkomunikasi bukan disebabkan dia mempunyai mesej yang khusus yang hendak disampaikan kepada sasarannya sebaliknya dia Cuma hendak mencari keseronokan daripada kehadiran orang-orang lain bersama-samanya dan dia hendak merasa seronok berbual-bual dengan mereka. Apabila dia seronok dengan sesi perbuatan itu, akibatnya dia akan seronok terhadap oraang-orang itu, dan begitu juga sebaliknya. Setengah-setengah ucapan di khalayak ramai adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok, seperti ucapan selepas jamuan makan ataupun ucapan penghargaan. Kebanyakan perbualan harian adalah bertujuaan untuk menimbulkan rasa keseronokan sebagai contoh, perbualan di kedai kopi, di kantin pejabat, di meja makan majlis ulang tahun dan di kenduri-kendara adalah untuk tujuan ini.
Pengaruh ke atas Sikap
Salah satu fungsi komunikasi ialah mempengaruhi sikap, nilai dan orang-orang lain. Seseorang itu sentiasa cuba mengubah sikap orang-orang lain. Di dalam mesyuarat, perbincangan, perundingan dan taklimat, ahli-ahli mesyuarat itu cuba mengubah sikap dan pendapat orang-orang lain supaya menerima sikap dan pendapatnya.
Memperbaiki Perhubungan
Satu lagi fungsi penting komunikasimi ialah memperbaiki hubungan yang sedia ada. Kesilapan yang paling asas dalam komunikasi dalam komunikasi ialah tidak faham mesej yang sebenar di mana akibat daripada kesilapan itu, ia menerbitkan pelbagai kesilapan sampingan, iaitu kesilapan yang terbit akibat masalah-masalah dalam hubungan sesama manusia. Disebabkan seseorang salah faham maksud yang sebenar, dia boleh bertengkar dan berselisih faham. Perbuatan itu menyebabkankan timbulnya bermacam-macam masalah komunikasi lain akibat daripada gangguan emosi marah, kecewa, keliru dan lain-lain seperti itu. Contoh masalah-masalah itu ialah tuduh-menuduh antara satu sama lain, kritik-mengkritik, naïf-menafi dan membela diri masing-masing di mana kesemua itu boleh mengancam perhubungan yang sedia ada.
Wujudnya Tindakan Susulan.
Ada kalanya seseorang itu berkomunikasi disebabkan dia mahu supaya ada tindakan dibuat sebagai contoh seorang jurujual berkomunikasi dengan pelanggannya disebabkan dia mahu orang itu membeli apa yang dijual olehnya. Orang mungkin betul-betul faham maksud penutur dan mereka mungkin seronok dengan kehadirannya dan bahan yang diperbualkan. Hubungan mereka mungkin bertambah mesra tetapi kalau oran-orang itu tidak melakukan apa yang diharapkan, maka komunikasi mereka belum boleh dikatakan berkesan. Seseorang guru matematik berkomunikasi dengan murid-muridnya disebabkan dia mahu mereka belajar matematik oleh itu selagi mereka tidak mahu belajar, guru itu gagal berkomunikasi dengan mereka. Seseorang pemimpin berdakwah kepada sekumpulan penagih dadah di pusat pemulihan dadah disebabkan dia mahu penagih-penagih itu berhenti menggunakan dadah. Apabila para penagih itu keluar daripada pusat pemulihan dan meneruskan perbuatan menggunakan dadah maka komunikasi si pemimpin itu tidak berkesan
Buku “KOMUNIKASI UNTUK PEMIMPIN” ini ditulis oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Terbitan PTS Publications & Distributors SDN. BHD.
No comments:
Post a Comment