Pada 5 March 2011 kami dari Persatuan Penggerak Mahasiswa Unisel (PPMU) telah pergi ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Perjalanan kami sampai ke destinasi dan selamat sampai tempat yang ingin ditujui. Kami bertolak seawal pukul 10.00 pagi. Saya Aina bersama rakan saya yang turut hadir pada sidang program ini iaitu abag Hafiz, kak Fiza, Eifa, kak Akifah dan abang Fazli. Di sana kami mengikuti Program mengenai Kebudayaan Kebangsaan Kebudayaan.
Kami selamat tiba di UIA tepat pada pukul 2.00 petang dan ketibaan panel tiba pada pukul 2.30 petang untuk Syarahan Kebuadayaan kebangsaan , yang disampaikan oleh Cikgu Azmi, Penasihat Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia). Semasa penceramah memberi penerengan mengenai Budaya Kebangsaan, saya dan dan rakan-rakan yang lain memberi perhatian mengenai tajuk yang dibicarakan. Semasa penceramah memberi penerangan mengenai kebudayaan ini, kami dan warga UIA memberi pendapat tentang apa yang kami bincang dalam topik ini.
Semasa penceramah memberi ulasan mengenai topik ini, saya mengetahui bahawa kebudayaan ini adalah sangat penting dalam diri kita malahan pada semua warga-warga yang berada di atas bumi ini. Kebudayaan ini juga berkaitan dengan budi bahasa kita yang perlu diambil berat terhadap semua kaum tidak bagi mereka yang berbangsa asing selain dari warga Melayu. Bahasa Kebangsaan kita perlulah dititik beratkan kerana ia adalah satu bahasa yang kita perlu hormati dan kita ini hidup di bumi Malaysia.
Apa yang kami ketahui adalah, kebudayaan bukan sahaja dari segi cara hidup mereka, ia adalah berkaitan dengan cara pemakaian. Adakah anda faham mengenainya? Cara pemakaian kita adalah sangat berbeza dan sebagai orang Islam, kita dilarang mengikut rentak cara hidup pemakaian orang barat. Dengan adanya kebudayaan ini kita boleh mengeratkan hubungan dengan kaum yang lebih dekat. Pakaian, Suara dan hiburan yang dinikmati berkait dengan bagaimana kita mengurus dengan kehidupan sendiri.
Budaya adalah bukan sahaja secara abstrak dan ia menggambarkan salah sebuah tamadun. Evolusi Kebudayaan Melayu menjadi Kebudayaan Malaysia. Kebudayaan adalah bukan sesuatu yang dominan. Kebudayaan juga tidak ditonjol secara profesional kerana kita perlu buat dahulu dan sebabnya kita cari kemudian, kebudayaan tidak selari dengan globalisasi dan orang Jepun mempertahankan kebudayaan. Kita sebagai manusia perlu mengenal budaya sendiri kerana pemahaman budaya masuk dalam sistem pendidikan.
Selesai sahaja syarahan pada pukul 5.00 petang kami semua bersuarai dan kembali ke UIA pada pukul 8.00 malam. Pihak PKPIM UIA telah mengadakan Jamuan Makan Malam. Semasa Jamuan ini dijalankan kami diberi layanan yang baik dari warga PKIPM UIA. Bukan itu sahaja, semasa kami enak menikmati makanan, penganjur juga menyelitkan beberapa persembahan syair dan gurindam yang dapat boleh dijadikan pengajaran pada diri kita.
Kami pulang seawal pada pukul 10.00 malam kerana kami takut lewat sampai di Unisel. Semasa dalam perjalanan pulang ke Unisel abang Hafiz telah memandu kenderaan dalam keadaan yang merbahayakan dan boleh menyebabkan nyawa melayang begitu sahaja. Kami tiba di Unisel pada pukul 12.00 malam. Perjalanan kami selamat pergi dan pulang ke destinasi.
Akhir sekali yang ingin saya katakan, program yang dianjurkan ini sangat bermakna pada diri saya dan rakan-rakan saya yang mengikuti program ini. Tidak rugi kalau kita pandai menjaga diri agar tidak terpesong akidah kita. Kepada abang Hafiz saya nasihatkan anda memandulah dengan cermat dan lebih berhati-hati. Ingatlah orang tersayang dan orang yang disayangi amat memerlukan kita, kerana kita adalah anak pejuang bangsa dan meneggakkan ekonomi dan kecemerlangan dalam pendidikan. Kita sebagai pendidik haruslah mempunyai jiwa bangsa dan negara.
Jika kita memerlukan sesuatu janganlah kita berputus asa
Belajarlah sejauh mana untuk mencari ilmu
Jika kita rajin belajar dan tidak mudah berputus asa
Kelak akan datang kita tidak rugi adanya ilmu
Dengan adanya ilmu di dada
Kita kenal erti kehidupan
Janganlah kita mensia-siakan hidup kita hanya dengan keseronokan
Kelak kita akan akan kembali kepadaNya
sekian terima kasih
Norsuhaina Bt Suhaili
Exco Penulisan PPMU
No comments:
Post a Comment