Alhamdulillah, setelah menyoroti segala amalan kita selaku hamba dan khalifah di dunia ini kita sering dilekakan pelbagai perkara dan amalan yang tidak menggambarkan kita sebagai umat Islam. Mari kita merenung sejauh mana kita sebagai umat Islam yang mengucapkan kalimah syadah yang mana kalimah itu cukup keramat apabila seseorang mengucapkan, ini kerana lafaz tersebut adalah mengakui Allah sebagai tuhan dan Nabi Muhamammad sebagai pesuruh Allah bukan sekadar ucapan tapi perlu diemplimitasi dalam kehidupan.
Umur kita semakin mengajak ke tua, adakah kita semakin ingat ke arah kematian, sebaik-baik iman adalah mengingati mati. Ini kerana sekarang kita berada di dalam bulan yang mulia iaitu Ramadan al-Mubarak yang mana juga kini sedang dalam 10 malam terkahir, adakah kita yakin kita akan bertemu Ramadan pada tahun hadapan, itu kita tidak dapat dipastikan sekarang. Jelaslah sekiranya ramai yang mengetahui setiap hidup ini akan mati, berebut-rebut manusia ini akan mencari dan mengamalkan pelbagai amalan sunat untuk dilakukkan. Oleh itu, ayuh kita ramai-ramai kembali kepada kerja-kerja Islam dalam memertabatkan agama Islam yang mana telah ramai mula menyasar dari landasan kehidupan sebagai umat Islam.
Justeru, saya tinggalkan persoalan kepada semua, adakah anda yakin dengan setiap amalan anda di dunia ini melayakkan anda semua untuk mendapat syurga Allah,renung-renungkan wahai insan yang mampu berfikir.
Penulis ialah Nor Hafiz bin Razali, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Tahun Pertama yang kini juga memikulkkan tanggungjawab sebagai Exco Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Perwakilan Pelajar Unisel dan juga bekas Exco Penyelidikan dan Kajian Persatuan Penggerak Mahasiswa Unisel.
No comments:
Post a Comment