Tuesday, August 4, 2009

Sesi 1/2009-10 Akan Membuka Tirai

Masa untuk cuti semester bagi sesi 3/2008-09 bakal melabuhkan tirai dan seterusnya yang mana sesi 1/2009-10 akan membuka tirai pada 08 Ogos 2009, Sabtu ini yang mana kemasukan pelajar baru dan akan dikuti pada 12 Ogos dengan kemasukan pelajar lama. Oleh itu, Persatuan Penggerak Mahasiswa Unisel dengan penuh rendah diri dan ucapan tahniah, mengalu-alukan kemasukan pelajar baru yang akan meneruskan tradisi ilmu dengan belajar di Unisel dan ucapan maju jaya kepada pelajr-pelajar lama yang akan meneruskan pengajian masing-masing.

Oleh itu persatuan ini, ingin berkongsi sedikit nasihat serta motivasi dari Datuk Dr. Fadilah Kamsah yang mana berkata bahawa 'Ada orang datang ke tempat pengajian dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena'.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Belajar lah dengan penuh ceria agar dapat menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...'

Jadi renungi lah untuk digunakan :-

1. Ada antara kita datang ke tempat pengajian hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BELAJAR' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' belajar

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih
kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di
lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAK BELAJAR' ,adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI PELAJARAN YANG AKU BOLEH BELAJAR'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan
merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam belajar tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang
lain.

Tak dapat kedudukan GPA atau CGPA lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

No comments:

Post a Comment