Sunday, August 2, 2009

Seminar Tajdid Generasi & Gerakan Dakwah

Pada 1 Ogos 2009/ 10 Sya'aban 1430H bertempat di Universiti Industri Selangor (Shah Alam), telah berlangsung Seminar Tajdid & Gerakan Dakwah. Program ini telah dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Universiti Industri Selangor sempena Muktamar Senawi ABIM yang ke-38. Persatuan Pengerak Mahasiswa Unisel (PPMU) telah menghantar wakil untuk menghadiri seminar terbabit.

Tajuk seminar ini adalah "Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah.Seminar ini telah menyaksikan beberapa tokoh ilmuan serta ulamak telah menbentangkan kertas kerja yang menjadi t-think dalam merungkai permasalahan politik masa kini serta berdepan dengan realiti sosio-politik yang sangat rumit akibat dari globalisasi yang dipacu oleh liberalisasi modal dan komunikasi massa. Oleh itu, melalui program ini telah memberi kefahaman yang dapat digunakan melalui kaedah tassawwur atau worldview globalisasi.

Selain itu, seminar ini menjadi platform para generasi muda serta gerakan dakwah semasa untuk menyaring, mencerna dan mengolah semula apa yang telah disampaikan oleh setiap pembentang kertas kerja. Tambahan itu, melalui seminar telah menrungkai apa itu warisan tradisi ilmu-ruhaniah Islam sebagai bekalan penting menghadapi ombak dan badai globalisasi.


No comments:

Post a Comment